Monday 7 April 2014

Timbalan Perdana Menteri membazir lagi! Apakah beliau benar benar mempedulikan pendidikan anak anak kita?

"Terlalu banyak pemborosan dan pembaziran yang berlaku dalam Kementerian Pendidikan Malaysia! Sebab tu, Cikgu terpaksa membuat satu pendedahan di sini, iaitu jadual perjalanan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan di Dubai dari 8-12 April 2014.

Walaupun urusan rasmi tidak lebih daripada setengah hari, TPM & rombongan berbelasan orang akan duduk di sana selama 5 hari di hotel 5 bintang, bermain golf di kelab serba mewah dan makan di restoran mahal, atas pembiayaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Malaysia.

Kecewa hati Cikgu dengan tindakan boros ini! Sedih bila difikirkan wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya."
Walahualam



Labels: , ,

6 Comments:

At 8 April 2014 at 23:00 , Blogger lebai kepiah longgaq said...

Amanah yg dikhianati....
Naiyazubillah....

 
At 9 April 2014 at 04:57 , Blogger omong said...

kami kerja bagai nak rak cari duit halal..kena tax lg..pemimpin2 begitu seronok membazir duit kerajaan? ingatlah..cukai yg kamu kutip itu haram sebab kamu gunakan bukan untuk kemaslahatan ummah..

 
At 9 April 2014 at 06:02 , Blogger Rangga said...

Sape gk kalangan UMNO BN smemangnya mereka itu Umat Melayu Naif Otaknya yg jdi Beban Negara...
Nescaya pendedahan ini pasti ada macai2 UMNO yg akn mempertahakan bahwa Muhyidin membuat lawatan kerja ke Dubai.. jdi apa salah mereka?? Dan akan ada lgi mcm2 alasan & hujah utk pertahankan menteri2 mrka!!

 
At 10 April 2014 at 03:16 , Blogger ZACK said...

TUDUHAN MENGENAI LAWATAN KERJA KE DUBAI TIDAK BERASAS, DOKUMEN TIDAK DISAHKAN

DUBAI, 10 April (Bernama) -- Dokumen yang didedahkan dua anggota Parlimen
berhubung lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai bukan jadual sebenar sebaliknya draf awal program yang masih dalam perbincangan, demikian menurut Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Dalam kenyataan yang diedarkan kepada wakil media yang membuat liputan sempena lawatan kerja itu, Pejabat Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tuduhan dua anggota Parlimen DAP berkaitan lawatan kerja itu seperti yang dilaporkan
portal dan blog adalah melulu, tidak berasas dan berniat jahat.
"Tindakan mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa dengan hanya berasaskan satu dokumen yang tidak disahkan adalah satu perbuatan yang tidak profesional,"
menurut kenyataan itu.
Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan itu kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab Anggota Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong yang seolah-olah menggambarkan lawatan kerja Muhyiddin untuk memperkukuhkan hubungan dua hala
kedua-dua negara dan menarik pelaburan asing ke Malaysia itu sebagai satu
percutian yang membazir wang rakyat.
Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa dalam jadual akhir yang dimuktamadkan, Muhyiddin mempunyai aktiviti rasmi yang ketat sepanjang berada di Dubai dari 7 hingga 12 April untuk lawatan kerjanya.
"Adalah menjadi kelaziman dalam mana-mana program lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri ke luar negara akan terdapat beberapa perubahan pada draf jadual lawatan sebelum ia dimuktamadkan.
"Ini kerana jadual yang diatur tertakluk kepada pengesahan pihak-pihak yang
terlibat di negara yang hendak dilawati," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memberikan contoh di mana draf jadual lawatan yang didedahkan dua anggota Parlimen itu tidak mengandungi acara rasmi Muhyiddin di Dubai pada 8 April.
Pada 8 April, Muhyiddin diberi penghormatan oleh kerajaan Emiriyah Arab
Bersatu (UAE) untuk menyampaikan ucaptama di Mesyuarat Pelaburan Tahunan (AIM).
Dalam pertemuannya dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum berserta beberapa ketua kerajaan yang menghadiri AIM, Muhyiddin berkongsi pengalaman Malaysia dalam
persekitaran perniagaan antarabangsa dan menarik pelaburan asing.
Dalam pertemuan yang sama, Muhyiddin turut menyampaikan ucapan terima kasih
kerajaan Malaysia kepada Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum atas bantuan kerajaan
UAE dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Muhyiddin juga menghadiri Pameran Pendidikan dan Latihan Teluk (Getex) dan melancarkan pavilion Malaysia di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Dubai selain menerima kunjungan Menteri Pelajaran UAE Humaid Mohammed Al Qatami dan
Menteri Kebudayaan, Pembangunan Belia dan Masyarakat Sheikh Nahyan Mubarak Al Nahyan di venue itu.
1/2

 
At 10 April 2014 at 03:17 , Blogger ZACK said...

2/2

Menurut kenyataan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GEM Education yang berpangkalan di Dubai,
Sunny Varkey.
GEMS Education mempunyai rangkaian sekolah swasta di 151 buah negara termasuk UAE, Amerika Syarikat dan Singapura, sedang dalam proses untuk membuka sebuah sekolah swasta dengan kadar berpatutan di Malaysia.
Muhyiddin juga dijadual menyertai dua majlis makan malam rangkaian
perniagaan bersama ahli perniagaan ternama dari Malaysia dan UAE.
Menurut kenyataan itu, perbelanjaan bagi kedua-dua majlis makan malam itu tidak ditanggung kerajaan Malaysia.
Majlis makan malam itu dibiayai Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB), syarikat
yang mempunyai operasi di Dubai dan satu lagi majlis dibiayai Essa Al-Ghurair, anggota Dewan Perniagaan Dubai dan Penasihat Panel Antarabangsa Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF).
Semasa lawatan itu juga, Muhyiddin mengadakan perbincangan dengan beberapa
syarikat Malaysia yang mempunyai kepentingan di UAE dan Timur Tengah antaranya Petronas dan Eversendai Corporation Bhd.
Muhyiddin juga akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan EMKE Lulu Group of Companies atas undangan Yusof Ali MA, pemilik rangkaian pasar raya
hiper di negara-negara teluk.
Dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan perniagaan dan perdagangan antara Malaysia dan UAE, kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri menyebut Muhyiddin dijemput untuk menyertai acara golf bersama ahli-ahli perniagaan dari kedua-dua
negara.
Menurut kenyataan itu, segala perbelanjaan untuk acara golf rangkaian perniagaan itu dibiayai sepenuhnya syarikat-syarikat persendirian dan sama sekali tidak menggunakan peruntukan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri juga akan menyertai satu acara golf rasmi anjuran
Tourism Malaysia pada 14 April bagi tujuan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Makan tengah hari bagi acara golf itu ditaja Pengerusi ASCORP Holdings dan Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Abu Dhabi, Khalfan Saeed Al Kaabi.
Sempena lawatan itu, Muhyiddin juga akan menghadiri majlis makan bersama
diaspora Malaysia di UAE anjuran Talent Corporation.
Kenyataan itu jug menyebut lawatan kerja ke Dubai itu merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi pemimpin kerajaan ke luar negara seperti lawatan-lawatan
lain bertujuan memperkukuhkan kedudukan Malaysia di persekitaran ekonomi dan
politik antarabangsa yang semakin dinamik.
"Keseluruhan aktiviti YAB Timbalan Perdana Menteri sepanjang lawatan beliau ke Dubai menjurus ke arah meningkatkan hubungan perdagangan dan perniagaan antara Malaysia dan UAE serta menarik pelaburan asing ke Malaysia demi
kepentingan negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA

 
At 10 April 2014 at 12:05 , Blogger Unknown said...

Dia org ni apa tau bang, tahunya meliwat bontot lelaki jer. Kaki fitnah nombor satu, hati busuk. Semak betul-betul baru cakap. Lanchiau laa...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home